Rabu, 27 April 2011

Apa saja kucing-kucing ini!

Binatang Kegemaran Saya

           Binatang kegemaran saya adalah seekor kucing kerana ia sangat comel dan suka  bermain. Saya ada seekor kucing yang bernama Fluffy. Warna kucing saya berwarna coklat dan berjalur hitam. Dia suka bermanja dengan saya dan selalu minta makan. Apabila tiba waktu malam, Fluffy akan selalu tidur di sebelah saya. Saya mula memelihara Fluffy tujuh bulan yang lalu. Pada masa itu, dia baru berusia dua bulan. Ayah saya telah terjumpa seekor kucing di celah timbunan besi di tempat kerjanya dan dia berasa kasihan. Kucing itu tidak makan berhari-hari dan badannya kurus dan kelihatan comot. Pada mulanya apabila ayah saya membawa pulang kucing itu, saya berasa takut tetapi apabila hari demi hari berlalu, saya mula berasa selesa dengan kehadiran Fluffy Kucing jenis saya adalah kucing 'Tabby'. Kucing 'Tabby' mempunyai pola bulu yang paling menarik. Jenis kucing ini sebernanya tersebar dengan jumlah yang sangat banyak di kawasan Afrika dan Asia. Pola ini biasanya jalur dan titik. Kucing 'Tabby' juga mempunyai tanda "M" di dahinya. Ada banyak jenis-jenis kucing. Di antaranya adalah, 'Rusian Blue', 'Tabby', 'American Short Hair', 'Persian' dan banyak-banyak lagi.




Adakah anda dapat melihat tanda "M" di dahi Fluffy?
Fluffy...
Fluffy sedang bosan!

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu...

CUTI SEKOLAH SAYA SEMASA SEMINGGU...


Pada cuti sekolah Mac yang lepas, saya telah pergi ke City Square dan Jusco di Malaysia. Apabila sudah tiba di City Square, kami menonton wayang, Rango dan makan di Pizza Hut. Saya membeli-belah dan membeli kasut dan baju-baju. Selepas mengunjung City Square, kami menaiki bas untuk pergi ke Jusco dan mendapat tiket untuk menaiki bas itu. Perjalanan ke Jusco amat lama dan memanaskan kerana tiada hawa dingin. Apabila di Jusco, ibu saya meninggalkan saya dan adik saya di permainan arcade sementara ayah dan ibu saya membeli-belah. Setelah puas bermain, kami menunggu ibu bapa kami di luar permainan arcade. Pada masa itu pun, adik saya ingin pergi ke 'Toy R Us' kerana ingin melihat barang-barang. Pada ketika itu pun, saya sibuk bermain telefon bimbit saya yang baru dibeli. Apabila saya menoleh ke belakang saya, adik saya tiada di situ. Saya amat risau dan terus menelefon ibu dan bapa saya. Mereka kelihatan panik dan cemas. Saya ingat bahawa adik saya mahu pergi ke 'Toy R Us' dan kami menuju ke arah kedai itu. Saya ternampak adik saya yang sungguh asyik melihat kereta mainan itu. Ibu saya piat telinga adik saya sampai adik saya menyeru ibu saya untuk melepaskannya. Adik saya meminta maaf lalu ibu saya memaafkannya. Selepas kejadian itu, kami sekeluarga pergi ke pawagam wayang sekali lagi untuk menonton cerita, Damping Malam. Ceritanya seram sampai saya menjerit-jerit. Apabila wayang itu sudah akhir, kami pergi membeli donut di 'Donut Empire' untuk membawa balik ke Singapura. Saya ingin sekali mengunjungi tempat itu sekali lagi kerana seronok!

Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

MINAT SAYA YANG KEDUA...


Minat saya yang kedua adalah untuk membaca buku. Saya suka membaca buku cerita yang amat suspen kerana akan membuat saya untuk lebih lanjut membaca buku itu. Saya suka juga membaca buku cerita yang menkutkan. Saya juga suka membaca buku Roald Dhal kerana bukunya amat menarik dan seronok dan akan memikat saya untuk membacanya. Roald Dhal adalah salah satu idol yang saya minati. Roald Dhal telah menulis banyak buku cerita. Antara buku tersebut adalah, Matilda, Danny The Champion Of The World, Charlie and the  Great Glass Elavator dan James and the Giant Peach. Saya ada banyak lagi idol-idol seperti, James Lee, Judy Blume dan banyak-banyak lagi. Saya ingin sekali berjumpa dengan mereka dan mengambil tanda tangan mereka.

- Nurul Shazwanny 6J
16 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya (1)

MINAT SAYA YANG PERTAMA...

Minat saya adalah untuk menyanyi dan mendengar lagu-lagu Pop, Jazz dan Klasik. Saya suka menyanyi sejak saya berumur tujuh tahun. Semasa saya bayi, Ayah saya suka menyanyikan lagu untuk saya supaya saya boleh tidur dengan lenyak. Apabila saya dewasa kelak, saya hendak menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Saya minat dengan artis Bruno Mars, Jennifer Lopez, Katy Perry, Nicki Minaj dan banyak-banyak lagi. Saya amat suka kepada lagu-lagu mereka kerana mereka ada solo yang hebat sekali. Saya selalu mendengar lagu-lagu mereka. Biasanya, jika saya ingin menenangkan diri saya, saya akan mendengar lagu P.Ramlee kerana suaranya amat merdu.

- Nurul Shazwanny 6J
15 Februari 2011

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011

Pada tahun ini, saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya ingin mendapat agreget 195 dan lebih supaya dapat mencapai untuk pergi ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Saya ingin memasuki aliran express. Saya berasa amat takut dan risau kerana saya takut jikakalau saya gagal dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Pada masa yang sama, saya berasa ghairah untuk mengambilnya. Jika saya gagal, saya harus mengambil sekali lagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan akan berasa amat malu jika saya berjumpa dengan guru-guru saya. Untuk mencapai keinginan saya, saya harus mengulangkaji pelajaran saya setiap hari dan memberi penuh perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Guru kami sedang sedaya upaya membuat kami lulus untuk masa hadapan kami. Saya berasa amat bersyukur sekali. Saya juga ingin membanggakan ahli keluarga saya dan menunjukkan yang saya boleh berdikari.

- Nurul Shazwanny 6J
23 Januari 2011

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya...

Nama saya ialah Nurul Shazwanny Binte Sharodin. Saya ada 4 anggota keluarga termasuk saya. Saya ada seorang adik yang 2 tahun berbeza dengan saya dan sedang bersekolah di sini juga. Ibu saya ialah seorang suri rumah. Bapa saya ialah seorang makanis. Saya ada seekor kucing my bernama ' Fluffy ' . Bapa saya terjumpa kucing itu di tempat kerjanya lalu mengambilnya. Saya bangga dengan perbuatan ayah saya kerana itu adalah perkara yang boleh dicontohi. Rumah saya berdekatan dengan sekolah dan sebuah pasar.

Saya ada 3 kawan yang saya amat rapati. Mereka adalah Nikki, Afeeqa dan Safinah. Kalau saya dalam kesusahan, mereka akan berada di samping saya. Apabila waktu rehat, saya dan kawan-kawan darjah lima akan berkupul dan bersembang. Apabila saya dewesa nanti, saya bercita-cita untuk menjadi seorang model. Untuk menjadi seorang model, saya harus jadi tinggi dan harus mengambil tabiat untuk bersenam setiap hari.

Saya akan mengambil PSLE tahun ini. Saya bercita-cita untuk pergi ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Agreget yang saya ingin capai adalah kira-kira 195 dan lebih. Untuk mencapai agreget ini, saya harus belajar dengan bersungguh dan tidak lalai dalam pepelajaran saya. Setiap hari saya akan membuat buku latihan untuk memperbaiki subjek Matematiks. Saya akan membuat ibubapa saya gembira dan saya tidak mahu mengulangi PSLE saya sekali lagi...

- Nurul Shazwanny 6J
 12 Januari 2011

Isnin, 15 November 2010

Pengalaman Manis, Pengalaman Pahit...

Banyak pengalaman manis dan pahit yang pernah saya mengalami. Saya berasa bangga menjadi murid Sekolah Rendah Woodgrove. Pada tahun depan, saya akan menduduki PSLE dan ia akan menentukan sekolah menegah mana yang akan saya pergi. Saya bersyukur untuk mendapat guru yang begitu baik hati dan telah membuat ibubapa saya bangga terhadap markah saya. Pengalaman manis sekali di sekolah ini adalah hari Kanak-kanak. Guru-guru saya telah membuat persembahan tersebut kerana untuk meyambut hari kanak-kanak bersama-sama kami. Saya terasa sentuh apabila meyaksikan persembahan tersebut.

Pengalaman pahit:
Pengalaman yang pahit adalah  apabila dimarahi oleh guru saya di hadapan kelas. Saya tahu ini adalah pengajaran untuk saya dan teman-teman saya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut sekali lagi. Saya pun pernah terjatuh di hadapan teman-teman saya dan ia amat memalukan.

- Nurul Shazwanny 5J
16 November 2010

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Pada peperiksaan akhir tahun, saya ingin mencapai cita-cita saya untuk mendapat markah yang tinggi dan memuaskan daripada markah yang saya dapati sebelumnya. Saya telah berjanji kepada ibu bapa saya bahawa saya akan belajar dengan lebih tekun. Walaupun saya gagal dalam peperiksaan Matametik yang lalu, saya akan belajar dari kesilapan saya dan berusaha dengan gigih untuk membuat ibu bapa dan guru saya bangga. Saya tidak mahu sekadar mendapat markah lulus sahaja tetapi lebih tinggi daripada itu. Saya akan membuktikan yang saya boleh mendapat markah yang baik. Untuk mencapai impian saya untuk mendapat markah yang baik, saya harus memberi sepenuh perhatian dengan banyak mengulangkaji pelajaran yang diajarkan oleh guru saya. Saya tidak mahu mementingkan perkara lain yang tidak mendatangkan faedah.

-Nurul Shazwanny 5J
25 Oktober 2010

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah curahan air
yang membasahi bumi
bernakah kau begitu, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa kilat dan guruh yang kuat
bernakah kau begitu, hujan?

Aku ingin menjadi sepertimu
apatah daya aku tak mungkin menjadi begitu
aku hanya mamapu menikmatimu
engkaulah yang menghibur hatiku
engkaulah inspirasiku...