Rabu, 27 April 2011

Binatang Kegemaran Saya

           Binatang kegemaran saya adalah seekor kucing kerana ia sangat comel dan suka  bermain. Saya ada seekor kucing yang bernama Fluffy. Warna kucing saya berwarna coklat dan berjalur hitam. Dia suka bermanja dengan saya dan selalu minta makan. Apabila tiba waktu malam, Fluffy akan selalu tidur di sebelah saya. Saya mula memelihara Fluffy tujuh bulan yang lalu. Pada masa itu, dia baru berusia dua bulan. Ayah saya telah terjumpa seekor kucing di celah timbunan besi di tempat kerjanya dan dia berasa kasihan. Kucing itu tidak makan berhari-hari dan badannya kurus dan kelihatan comot. Pada mulanya apabila ayah saya membawa pulang kucing itu, saya berasa takut tetapi apabila hari demi hari berlalu, saya mula berasa selesa dengan kehadiran Fluffy Kucing jenis saya adalah kucing 'Tabby'. Kucing 'Tabby' mempunyai pola bulu yang paling menarik. Jenis kucing ini sebernanya tersebar dengan jumlah yang sangat banyak di kawasan Afrika dan Asia. Pola ini biasanya jalur dan titik. Kucing 'Tabby' juga mempunyai tanda "M" di dahinya. Ada banyak jenis-jenis kucing. Di antaranya adalah, 'Rusian Blue', 'Tabby', 'American Short Hair', 'Persian' dan banyak-banyak lagi.




Adakah anda dapat melihat tanda "M" di dahi Fluffy?
Fluffy...
Fluffy sedang bosan!

3 ulasan:

  1. Shazwanny,comelnya kucing awak.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Safinah! Kalau awak suka kucing saya, peliharalah kucing! :D

    BalasPadam
  3. Asal tidak takut oklah! Jangan macam saya... Hehe.. Takut mereka akan gigit! eiee..

    BalasPadam