Pada tahun ini, saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya ingin mendapat agreget 195 dan lebih supaya dapat mencapai untuk pergi ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Saya ingin memasuki aliran express. Saya berasa amat takut dan risau kerana saya takut jikakalau saya gagal dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Pada masa yang sama, saya berasa ghairah untuk mengambilnya. Jika saya gagal, saya harus mengambil sekali lagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan akan berasa amat malu jika saya berjumpa dengan guru-guru saya. Untuk mencapai keinginan saya, saya harus mengulangkaji pelajaran saya setiap hari dan memberi penuh perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Guru kami sedang sedaya upaya membuat kami lulus untuk masa hadapan kami. Saya berasa amat bersyukur sekali. Saya juga ingin membanggakan ahli keluarga saya dan menunjukkan yang saya boleh berdikari.
- Nurul Shazwanny 6J
23 Januari 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan