MINAT SAYA YANG PERTAMA...
Minat saya adalah untuk menyanyi dan mendengar lagu-lagu Pop, Jazz dan Klasik. Saya suka menyanyi sejak saya berumur tujuh tahun. Semasa saya bayi, Ayah saya suka menyanyikan lagu untuk saya supaya saya boleh tidur dengan lenyak. Apabila saya dewasa kelak, saya hendak menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Saya minat dengan artis Bruno Mars, Jennifer Lopez, Katy Perry, Nicki Minaj dan banyak-banyak lagi. Saya amat suka kepada lagu-lagu mereka kerana mereka ada solo yang hebat sekali. Saya selalu mendengar lagu-lagu mereka. Biasanya, jika saya ingin menenangkan diri saya, saya akan mendengar lagu P.Ramlee kerana suaranya amat merdu.
- Nurul Shazwanny 6J
15 Februari 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan