Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Bulan Jun...

Pada cuti sekolah bulan Jun, saya dan keluarga saya tidak pergi melancong ke luar negara kerana   keputusan peperiksaan SA1 saya telah menghampakan kedua ibubapa saya. Pada minggu yang ketiga, saya dan keluarga saya pergi ke Johor Bahru untuk menonton wayang. Saya mencadangkan untuk pergi ke Jusco tetapi ayah saya menolak cadangan itu kerana Jusco terlalu jauh. Akhirnya, kami cuma pergi ke City Square. Di City Square, ada banyak permainan arked dan tempat permainan. Mungkin City Square nampaknya kecil, tetapi dalamnya besar dan seronok! Kami menonton wayang 'Rasuk' dan ceritanya amat seram dan boleh membuat seseorang tidak dapat tidur lena pada waktu malam. Apabila ceritanya sudah tamat, badan saya menggelegar  ketakutan! Pada masa itu pun, kami berasa lapar dan makan piza di 'Pizza Hut' yang terletak di situ. Selepas itu, kami pergi membeli-belah dan membeli benda-benda yang kita perlukan untuk sekolah apabila sekolah sudah buka. Hari pun sudah petang dan tiba masanya untuk kami pulang. Saya berasa hampa kerana tidak puas bermain di sana. Selain pergi ke Johor Bahru pada cuti sekolah Jun, saya telah menonton wayang bersama sepupu saya, pergi ke Lot 1, Sentosa dan banyak tempat lagi! Saya berasa bersyukur kerana dapat pergi ke tempat-tempat sebegini... Saya ingin sekali pergi ke City Square sekali lagi!

7 ulasan:

  1. Awak beli apa untuk keperluan sekolah di City Square ?

    BalasPadam
  2. Itulah boleh menonton wayang! Seronoknya!:D

    BalasPadam
  3. Zulaika, saya beli kotak pensil yang baharu, alat-alat tulisan dan bermacam-macam lagi. Safinah, tentulah seronok. Kalau tak, rugi dan buang masa sahaja kalau tidak rasa seronok. Nadiah, ya kita boleh tengok wayang di situ. Keluarga saya selalu pergi ke Malaysia untuk menonton wayang kerana di situ lagi murah.

    BalasPadam
  4. Ia lah! Saya setuju dengan awak bahawa di situ, menonton wayang lebih murah berbanding di Singapura ya? Di Singapura mahal, tapi puas hatilah kalau dapat tiket free!

    BalasPadam
  5. HAHAHA! Betol tu...

    BalasPadam