Selasa, 17 Mei 2011

Hari Vesak

Pada cuti hari Vesak, saya sekeluarga dan keluarga sepupu saya pergi ke HortPark untuk bersiar-siar sambil menikmati keindahan semula jadi. Di situ, ada banyak bunga-bunga yang berwarna-warni dan harum. Terdapat sebuah padang yang amat luas dan tidak ada ramai orang di situ kerana pada masa itu juga, kami tiba di situ pada pukul 9 pagi. Kami pergi bermain badminton. Selepas bersirar-siar di HortPark, kami menaiki jambatan yang menhubungkan HortPark ke Anderson Waves dan terus ke Mount Faber. Perjalanan itu amat memenatkan dan kami berasa sungguh letih dan kami mengambil masa 1 jam untuk tiba di Mount Faber. Kami terus ke Vivo City untuk makan dan rehat di situ. Pada masa itu, Pakcik saya mengambil keretanya dari HortPark untuk pergi ke Sentosa menaiki bas. Kami makan di kedai 'Chicken Rice Shop' dan pergi ke kedai 'Singtel' untuk membelikan telefon bimbit yang baharu untuk adik saya kerana mendapat markah yang tinggi untuk peperiksaannya. Selepas Pakcik saya mengambil keretanya, kami terus menuju ke Sentosa. Kami berasa tidak sabar dan seronok. Apabila tiba di sentosa, kami pergi ke kounter untuk membeli tiket untuk menaiki 'SkyRider' dan 'Luge'. Ibu saya berasa takut keranadia takut pada ketinggian. Saya ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah ibu saya yang kelihatan muram. Selepas menaiki 'SkyRider' dan 'Luge', kami terus menaiki kereta kabel. Ibu saya kata dia tidak akan akan mengikuti kami tetapi saya tidak peduli. Saya berasa kasihan terhadap ibu saya apabila melihat dia dalam ketakutan. Selepas mengunjungi Sentosa, kami terus pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa sungguh seronok dan pengalaman yang pahit untuk ibu saya. Saya harap saya boleh pergi ke Sentosa sekali lagi pada cuti sekolah Jun...

3 ulasan: