Selasa, 5 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung...

Apakah makna seperti katak di bawah tempurung? Maknanya adalah seseorang yang terhad pengetahuan atau pengalaman, seperti cerita yang akan saya ceritakan...Dalia adalah seorang gadis yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Kedua ibubapanya telah meninggal dunia dan telah meninggalkan harta yang banyak. Dia menampung dirinya sendiri dengan harta-harta itu. Pada suatu hari, seorang lekaki yang bernama Amin memperkenalkan dirinya kepada Dalia. Hari semakin hari, Dalia mula jatuh cinta kepada Amin dan mereka bercadang untuk khawin. Apabila pasangan suami isteri sudah berbulan madu, Amin terus kembali bekerja. Setiap hari, Amin akan meminta duit sebanyak $50 daripada Dalia. Bukan itu sahaja, dia juga akan pulang lewat dan akan berada di dalam keadaan mabuk. Setelah satu tahun sudah berlalu, semua harta-harta yang telah ditinggalkan oleh ibubapanya kepada Dalia sudah lenyap. Amin meminta cerai dan terus meninggalkannya. Sebernanya, Amin adalah seorang penipu dan duit-duit yang dimintanya adalah untuk membeli dadah. Kes ini telah diakhbarkan di surat khabar dan majalah. Cuma Dalia yang tidak mahu mengambil berat... Amin bukan khawin dengan Dalia kerana cinta tetapi hartanya...

Shazwanny :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan