Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

MINAT SAYA YANG KEDUA...


Minat saya yang kedua adalah untuk membaca buku. Saya suka membaca buku cerita yang amat suspen kerana akan membuat saya untuk lebih lanjut membaca buku itu. Saya suka juga membaca buku cerita yang menkutkan. Saya juga suka membaca buku Roald Dhal kerana bukunya amat menarik dan seronok dan akan memikat saya untuk membacanya. Roald Dhal adalah salah satu idol yang saya minati. Roald Dhal telah menulis banyak buku cerita. Antara buku tersebut adalah, Matilda, Danny The Champion Of The World, Charlie and the  Great Glass Elavator dan James and the Giant Peach. Saya ada banyak lagi idol-idol seperti, James Lee, Judy Blume dan banyak-banyak lagi. Saya ingin sekali berjumpa dengan mereka dan mengambil tanda tangan mereka.

- Nurul Shazwanny 6J
16 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya (1)

MINAT SAYA YANG PERTAMA...

Minat saya adalah untuk menyanyi dan mendengar lagu-lagu Pop, Jazz dan Klasik. Saya suka menyanyi sejak saya berumur tujuh tahun. Semasa saya bayi, Ayah saya suka menyanyikan lagu untuk saya supaya saya boleh tidur dengan lenyak. Apabila saya dewasa kelak, saya hendak menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Saya minat dengan artis Bruno Mars, Jennifer Lopez, Katy Perry, Nicki Minaj dan banyak-banyak lagi. Saya amat suka kepada lagu-lagu mereka kerana mereka ada solo yang hebat sekali. Saya selalu mendengar lagu-lagu mereka. Biasanya, jika saya ingin menenangkan diri saya, saya akan mendengar lagu P.Ramlee kerana suaranya amat merdu.

- Nurul Shazwanny 6J
15 Februari 2011

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011

Pada tahun ini, saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya ingin mendapat agreget 195 dan lebih supaya dapat mencapai untuk pergi ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Saya ingin memasuki aliran express. Saya berasa amat takut dan risau kerana saya takut jikakalau saya gagal dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Pada masa yang sama, saya berasa ghairah untuk mengambilnya. Jika saya gagal, saya harus mengambil sekali lagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan akan berasa amat malu jika saya berjumpa dengan guru-guru saya. Untuk mencapai keinginan saya, saya harus mengulangkaji pelajaran saya setiap hari dan memberi penuh perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Guru kami sedang sedaya upaya membuat kami lulus untuk masa hadapan kami. Saya berasa amat bersyukur sekali. Saya juga ingin membanggakan ahli keluarga saya dan menunjukkan yang saya boleh berdikari.

- Nurul Shazwanny 6J
23 Januari 2011

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya...

Nama saya ialah Nurul Shazwanny Binte Sharodin. Saya ada 4 anggota keluarga termasuk saya. Saya ada seorang adik yang 2 tahun berbeza dengan saya dan sedang bersekolah di sini juga. Ibu saya ialah seorang suri rumah. Bapa saya ialah seorang makanis. Saya ada seekor kucing my bernama ' Fluffy ' . Bapa saya terjumpa kucing itu di tempat kerjanya lalu mengambilnya. Saya bangga dengan perbuatan ayah saya kerana itu adalah perkara yang boleh dicontohi. Rumah saya berdekatan dengan sekolah dan sebuah pasar.

Saya ada 3 kawan yang saya amat rapati. Mereka adalah Nikki, Afeeqa dan Safinah. Kalau saya dalam kesusahan, mereka akan berada di samping saya. Apabila waktu rehat, saya dan kawan-kawan darjah lima akan berkupul dan bersembang. Apabila saya dewesa nanti, saya bercita-cita untuk menjadi seorang model. Untuk menjadi seorang model, saya harus jadi tinggi dan harus mengambil tabiat untuk bersenam setiap hari.

Saya akan mengambil PSLE tahun ini. Saya bercita-cita untuk pergi ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Agreget yang saya ingin capai adalah kira-kira 195 dan lebih. Untuk mencapai agreget ini, saya harus belajar dengan bersungguh dan tidak lalai dalam pepelajaran saya. Setiap hari saya akan membuat buku latihan untuk memperbaiki subjek Matematiks. Saya akan membuat ibubapa saya gembira dan saya tidak mahu mengulangi PSLE saya sekali lagi...

- Nurul Shazwanny 6J
 12 Januari 2011

Isnin, 15 November 2010

Pengalaman Manis, Pengalaman Pahit...

Banyak pengalaman manis dan pahit yang pernah saya mengalami. Saya berasa bangga menjadi murid Sekolah Rendah Woodgrove. Pada tahun depan, saya akan menduduki PSLE dan ia akan menentukan sekolah menegah mana yang akan saya pergi. Saya bersyukur untuk mendapat guru yang begitu baik hati dan telah membuat ibubapa saya bangga terhadap markah saya. Pengalaman manis sekali di sekolah ini adalah hari Kanak-kanak. Guru-guru saya telah membuat persembahan tersebut kerana untuk meyambut hari kanak-kanak bersama-sama kami. Saya terasa sentuh apabila meyaksikan persembahan tersebut.

Pengalaman pahit:
Pengalaman yang pahit adalah  apabila dimarahi oleh guru saya di hadapan kelas. Saya tahu ini adalah pengajaran untuk saya dan teman-teman saya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut sekali lagi. Saya pun pernah terjatuh di hadapan teman-teman saya dan ia amat memalukan.

- Nurul Shazwanny 5J
16 November 2010

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Pada peperiksaan akhir tahun, saya ingin mencapai cita-cita saya untuk mendapat markah yang tinggi dan memuaskan daripada markah yang saya dapati sebelumnya. Saya telah berjanji kepada ibu bapa saya bahawa saya akan belajar dengan lebih tekun. Walaupun saya gagal dalam peperiksaan Matametik yang lalu, saya akan belajar dari kesilapan saya dan berusaha dengan gigih untuk membuat ibu bapa dan guru saya bangga. Saya tidak mahu sekadar mendapat markah lulus sahaja tetapi lebih tinggi daripada itu. Saya akan membuktikan yang saya boleh mendapat markah yang baik. Untuk mencapai impian saya untuk mendapat markah yang baik, saya harus memberi sepenuh perhatian dengan banyak mengulangkaji pelajaran yang diajarkan oleh guru saya. Saya tidak mahu mementingkan perkara lain yang tidak mendatangkan faedah.

-Nurul Shazwanny 5J
25 Oktober 2010

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah curahan air
yang membasahi bumi
bernakah kau begitu, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dengan lebat
membawa kilat dan guruh yang kuat
bernakah kau begitu, hujan?

Aku ingin menjadi sepertimu
apatah daya aku tak mungkin menjadi begitu
aku hanya mamapu menikmatimu
engkaulah yang menghibur hatiku
engkaulah inspirasiku...

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Saya berasa risau apabila hujan air batu berlaku. Saya amat terkejut apabila terasa benda yang terjatuh di bahu saya. Saya ingat bahawa sekadar daun-daun yang telah jatuh tetapi setelah saya melihat sekelilingi saya, saya ternampak batu-batu kecil yang juga merupakan air batu di rumput-rumput. Cuaca pada masa itu agak sejuk ketika itu dan jalan raya agak licin. Cermin kenderaan dan tingkap-tingkap yang dibuat daripada kaca juga pecah. Hati saya berdebar-debar ketika sebiji hujan air batu telah memecah tingkap saya. Maklumlah, tiada kecederaan timpa terhadap saya tetapi hanya sedikit luka yang didapati di tangan kanan saya. Saya bersyukur bahawa keluarga saya terselamat daripada kejadian yang sungguh memeranjatkan. Hujan air batu itu pun berhenti 5 minit kemudian. Saya berharap bahawa kejadian ini tidak berlaku sekali lagi.

-Nurul Shazwanny 5J
23 September 2010

Sabtu, 14 Ogos 2010

Pencapaian Saya

1) Pencapaian saya di sekolah

Pencapaian saya di sekolah adalah untuk memberi sepenuh perhatian saya dalam mata pelajaran dan lulus dalam peperiksaan saya yang akan datang kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang selalu membantu dan menyokong saya.

2) Pencapaian saya di rumah

Pencapaian saya di rumah adalah untuk merapatkan silaturrahim dengan keluarga dan selalu menolong ibu bapa saya nanti apabila mereka sakit.

3) Pencapaian saya pada masa hadapan

Pencapaian saya pada masa hadapan adalah untuk menjadi seorang guru di sekolah rendah kerana saya ingin membantu murid-murid yang kurang faham dalam mata pelajaran mereka.

4) Pencapaian diri sendiri

Pencapaian diri sendiri adalah untuk bersenam supaya menjadi lebih tinggi dan tidak menjadi anak seperti peribahasa, kacang melupakan kulit. Apabila besar nanti, saya akan menjaga ibu bapa saya apabila mereka sakit kerana atas bantuan besar yang mereka memberikan kepada saya semasa kecil.

- Nurul Shazwanny Bte Sharodin 5J
15 Ogos 2010

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz Bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Cikgu kami selalu memberi kami kuiz. Di antaranya adalah kuiz peribahasa, pelbagai makna dan banyak-banyak lagi. Kuiz sebagai ini adalah bagus untuk diuji kerana ia membukakan minda kami untuk berfikir. Kita harus memberi makna pada pelbagai makna. Kalau kita tahu makna tersebut, kami akan mendapat markah pada kumpulan kami.