Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

MINAT SAYA YANG KEDUA...


Minat saya yang kedua adalah untuk membaca buku. Saya suka membaca buku cerita yang amat suspen kerana akan membuat saya untuk lebih lanjut membaca buku itu. Saya suka juga membaca buku cerita yang menkutkan. Saya juga suka membaca buku Roald Dhal kerana bukunya amat menarik dan seronok dan akan memikat saya untuk membacanya. Roald Dhal adalah salah satu idol yang saya minati. Roald Dhal telah menulis banyak buku cerita. Antara buku tersebut adalah, Matilda, Danny The Champion Of The World, Charlie and the  Great Glass Elavator dan James and the Giant Peach. Saya ada banyak lagi idol-idol seperti, James Lee, Judy Blume dan banyak-banyak lagi. Saya ingin sekali berjumpa dengan mereka dan mengambil tanda tangan mereka.

- Nurul Shazwanny 6J
16 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya (1)

MINAT SAYA YANG PERTAMA...

Minat saya adalah untuk menyanyi dan mendengar lagu-lagu Pop, Jazz dan Klasik. Saya suka menyanyi sejak saya berumur tujuh tahun. Semasa saya bayi, Ayah saya suka menyanyikan lagu untuk saya supaya saya boleh tidur dengan lenyak. Apabila saya dewasa kelak, saya hendak menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Saya minat dengan artis Bruno Mars, Jennifer Lopez, Katy Perry, Nicki Minaj dan banyak-banyak lagi. Saya amat suka kepada lagu-lagu mereka kerana mereka ada solo yang hebat sekali. Saya selalu mendengar lagu-lagu mereka. Biasanya, jika saya ingin menenangkan diri saya, saya akan mendengar lagu P.Ramlee kerana suaranya amat merdu.

- Nurul Shazwanny 6J
15 Februari 2011