Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu

Ada berbagai-bagai aktiviti berbahasa Melayu di sekolah saya iatu, Sekolah Rendah Woodgrove. Di antaranya adalah aktiviti berlakon, berjoget, permainan Sahibba dan macam-macam lagi. Tajuk yang akan saya menceritakan adalah tajuk berlakon. Saya pernah berlakon di atas pentas semasa saya darjah empat. Saya memasuki pertandingan ini kerana saya lihat bahawa aktiviti berlakon ini sangat menarik. Peraduan ini sungguh mencabar. Ia bukan sembarang perlakonan, tetapi perlakonan ini memberikan moral untuk diajar kepada murid-murid. Antara satu moral yang saya ingati adalah kita tidak boleh menderharka kepada orang tua kita kerana perkara itu tidak baik dan dosa. Walaupun saya tidak memenangi peraduan ini, saya tidak kecewa dengan persembahan saya kerana saya tahu yang saya telah buat yang terbaik untuk persembahan itu. Aktiviti ini harus diteruskan kerana ia memberi faedah bukan seperti drama-drama yang tidak membawa moral dan hanya merugikan diri sendiri.

Shazwanny :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan