Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Maaf Zahir Dan Batin. Saya hendak meminta ampun kepada orang yang saya telah membuat marah atau telah melukakan hatinya dan jika saya telah berbual dengan kasar. Semoga anda semua dapat meraihkan Hari Raya dengan gembira. Minal Ai'dil Walfaizin! :)
 
                                                   
                                                    

Aidilfitri hari kemaafan,

Menghapus kesalahan sesama insan,

Memupuk perpaduan sesama ehsan,

Mengikat tali keakrapan.



 



Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan PSLE Lisan Saya...

PSLE Lisan akan datang dalam dua minggu lagi. PSLE Lisan ini penting kerana ia boleh meningkatkan markah kita. PSLE Lisan juga senang untuk mendapatkan markah yang tinggi jika kita berusaha dan tekun untuk mengulangkaji.


Persiapan saya untuk PSLE Lisan adalah saya membaca lebih banyak surat khabar Melayu dan Ingerris seperti Berita Harian, 'Today Newspaper' dan 'Straits Time'  setiap hari untuk melancarkan pembacaan saya. Saya juga mengulangkaji gambar-gambar oral bersama ibu saya. Ibu saya juga telah mengambil dan mencetakkan gambar-gambar oral daripada internet untuk saya mengulangkaji.


Saya ingin mengucapkan yang terbaik untuk kawan-kawan sedarjah saya supaya dapat lulus PSLE Lisan mereka supaya dapat memasuki sekolah pilihan mereka. Untuk mendapat markah yang tinggi untuk PSLE Lisan, kita harus mengulangkaji dengan tekun dan belajar dengan bersungguh-sungguh! Buat yang terbaik ya!