Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Pada peperiksaan akhir tahun, saya ingin mencapai cita-cita saya untuk mendapat markah yang tinggi dan memuaskan daripada markah yang saya dapati sebelumnya. Saya telah berjanji kepada ibu bapa saya bahawa saya akan belajar dengan lebih tekun. Walaupun saya gagal dalam peperiksaan Matametik yang lalu, saya akan belajar dari kesilapan saya dan berusaha dengan gigih untuk membuat ibu bapa dan guru saya bangga. Saya tidak mahu sekadar mendapat markah lulus sahaja tetapi lebih tinggi daripada itu. Saya akan membuktikan yang saya boleh mendapat markah yang baik. Untuk mencapai impian saya untuk mendapat markah yang baik, saya harus memberi sepenuh perhatian dengan banyak mengulangkaji pelajaran yang diajarkan oleh guru saya. Saya tidak mahu mementingkan perkara lain yang tidak mendatangkan faedah.

-Nurul Shazwanny 5J
25 Oktober 2010