1) Pencapaian saya di sekolah
Pencapaian saya di sekolah adalah untuk memberi sepenuh perhatian saya dalam mata pelajaran dan lulus dalam peperiksaan saya yang akan datang kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang selalu membantu dan menyokong saya.
2) Pencapaian saya di rumah
Pencapaian saya di rumah adalah untuk merapatkan silaturrahim dengan keluarga dan selalu menolong ibu bapa saya nanti apabila mereka sakit.
3) Pencapaian saya pada masa hadapan
Pencapaian saya pada masa hadapan adalah untuk menjadi seorang guru di sekolah rendah kerana saya ingin membantu murid-murid yang kurang faham dalam mata pelajaran mereka.
4) Pencapaian diri sendiri
Pencapaian diri sendiri adalah untuk bersenam supaya menjadi lebih tinggi dan tidak menjadi anak seperti peribahasa, kacang melupakan kulit. Apabila besar nanti, saya akan menjaga ibu bapa saya apabila mereka sakit kerana atas bantuan besar yang mereka memberikan kepada saya semasa kecil.
- Nurul Shazwanny Bte Sharodin 5J
15 Ogos 2010